Pentadbiran Mukim Cheras

Mukim Cheras merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Hulu Langat. Ia juga terletak di bawah penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang. Mukim ini bersebelahan dengan Mukim Kajang, Mukim Ulu Semenyih dan Mukim Ulu Langat. Pekan bagi mukim Cheras ialah Pekan Batu 9 Cheras. Dari segi sejarah, selepas 1 Febuari 1974 sebahagian daripada mukim Cheras yang berada dalam lingkungan Kuala Lumpur telah dipindahkan secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan bagi membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur 1974. Sejak itu, Cheras telah terpecah menjadi dua bahagian yang berjiran di dalam negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.